koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 3 May 2013
Renungan.
Yang dah biasa kalah sudah lali dengan kekalahan, yang ditakuti ialah yang dah biasa menang...mampukah mereka menghadapi TEKANAN kekalahan. Bukankah pepatah juga pernah mengatakan...
'BELAJARLAH MELALUI KEKALAHAN'
Bukannya mencetuskan kekecohan.
Allahu'alam.
ss/spl/pm ... 03/05/2013.
Dua malam tanpa bintang.
Tinggal dua malam satu hari
tempoh berkempen yang dibenarkan, diberi
semakin hebat jentera berlari
semakin mantap YB-YB yang dicaloni berjanji.
Fitnah bukan sekadar di hujung gigi
fitnah juga berleluasa di media elektronik terkini
bak kata orang semuanya di hujung jari
berduyun, mencanak, bertebaran di halaman mukabuku ini.
Aduhai dua malam sahaja lagi tanpa bintang menemani
yang ada dacing, roket, bulan dan bulan sabit terbelah
yang lain-lain tak nampak pun cuba mencelah
kalau ada bintang pun mungkin di Sabah.
Dua malam tanpa bintang bakal berpenghujung
tempoh diberi untuk berhitung.
ss/spl/pm ... 03/05/2013.
SATU JANJI YANG PASTI
Engkau mengucup hanyiran dosa
melutut pada pesona mungkar
dalam bayangan indah angkara durja
menghamba pada yang tercatat hinanya
sedangkan akal sedarmu
engkau sembunyikan di belakang tabir hak
hingga berleluasa engkau membina noda
pada setiap nafas dan denyut nadimu
tanpa ada sebarang ruang
biar setitik pun nur iman
mampu bertapak di antara kebathilan
yang menggembala hidupmu
merengkuh segala pautan dosa
dengan nafsu yang penuh gila.
Andai engkau tersesat dalam terang
buta dalam kecelikan nyata
usah dipersoal takdir yang menuntut
jalan pulangmu mungkin bersimpang
persimpangan yang pernah engkau selusuri
dengan tapakan-tapakan sombong
serta kejahilanmu
yang getar dalam memilih kebenaran.
Kiranya langkahmu tersungkur di pintu neraka
tak perlulah engkau kesalkan
kerna alpamu membunuh kesucian ciptaanNya
menyingkirkan segala fitrahmu diwujudkan
lalu melontarkanmu ke lembah hina yang terhina
dan kekallah engkau di sana
tanpa pertimbangan yang membersihkan.
Qalam Bertinta
03052013
1947pm
ANTARA
wahai kupu-kupu
walau wangi mawar menggamitmu
ingatlah
mawar itu berduri
andai tersangkut pada durinya
koyak sayap
rawan pilu
sesak di kalbu
~~danhayati~~
030513 01:15am
Berdiam Terlebih Baik.
Langit mendung di petang Jumaat
lembayung merah menyelubungi
... pekat di hati.
Kukiamkan diri.
ss/spl/pm ... 03/05/2013.
LEMBUT SANTUN BUDAYA
Deras detak tegar
melangut alam
tajam belati ego
jangan terlalu
menghitung ilusi
konon menang sendiri
tak adakah lagi
lembut santun
menyulam budaya bangsa.
penalukisan hati
ummi marsheya
3/5/13
Taiping
Thursday, 2 May 2013
Puisi ringkas tanpa tajuk khas di malam Jumaat.
Kuteguk sucimu sayang
di dalam kamar di penghujung malam
... nikmat cinta.
ss/spl/pm ... 02/05/2013.
Tajuk: Tangisan senja
Sayang...
tika ini senja berlabuh girang
ditemani dinginnya bayu mencium pipi
ombak beralun-alun manja
terbuai aku di sini...
Sayang..
tika ini entah kenapa hatiku
dijentik-jentik
pabila melihat matahari di bibir senja
pilu dan sendu
aku kelu...
Sayang..
tika ini senja hendak pulang
ingatkah kita bersama-sama dulu di sini?
melambai-lambai girang
seperti tidak mahu pulang...?
Sayang...
ingatkah lagi pertemuan pertama kita?
di senja ini buat pertama
pertama kali
aku termimpi-mimpi wajahmu
tiap siang dan malamku ada kamu
senja ini
senja ini
menemukan aku dan dirimu.....
Sayang...
aku hampir terlupa
senja terlebih dahulu menjemputmu pulang
saban hari aku di sini
setiap petang
melihat wajahmu dalam samar-samar gelombang
Sayang....
alfatihah buatmu
tanda aku amat mencintaimu
senja tetap berlabuh
jangan bimbang sayang
aku tetap aku yang kaukenali dulu.....
cakar jiwa: Penaluka kersani......Temerloh Pahang...
2 hb mei 2013 4 am.
Subscribe to:
Posts (Atom)




