
koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 18 March 2014
Monday, 17 March 2014
KRONOLOGI PERTELAGAHAN ANTARA DUA B0S
Pertelagahan di antara dua orang bos iaitu bos I dan bos II sampai ke kemuncaknya. Yang tersepit adalah pekerja bawahan yang setia kepada bos II yang bagi dia adalah bos yang terbaik. Mari kita lihat dialog mereka.
Bos I: "Aku arahkan kau untuk bawa kereta bosII melencong dari arah pejabat lepas tu kau tinggalkanlah kat mana-mana biar senang dijumpa. Kenapa kau tak ikut arahan aku, kan tak pasal-pasal kena tangkap!"
Pekerja bawahan: "Maafkan aku bos I. Aku dah buat seperti apa yang bos arahkan tapi aku tak sampai hati nak menjahanamkan bosII sebab dia baik kepada para pekerja yang lain, juga dengan aku. Sebab itu aku bawa kereta dia bersiar-siar jauh dari jangkauan bos dan sesiapa. Tapi nak buat macam mana bos! Aku tertangkap kat tol jambatan baru Pulau Pinang, aduhai"
Bos II: "Syukurku ya Allah kerana engkau mendengar doa-doa aku yang teraniaya. Maka benarlah kata pepatah bahasa: Bangkai gajah memang tidak tersembunyikan, amin"
SS/SPL/PM...14/07/2012.
BUSUK YANG BUSUK
Sudah jatuh dijatuhkan lagi
sudah langgar dilanggarnya lagi
sudah mati dimatikan lagi.
Yang busuk kian bertambah busuk.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
17/03/14.
MENANGGUK DI AIR KERUH
Kambing putih dihitamkan
kambing hitam diputihkan.
Jari telunjuk menunjuk
jari kelingking berkait
menuding.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
17/03/14.
KRONOLOGI PADA TEORI
Ada yang berkata
ada yang mengata
tidak kurang
ada yang menokok cerita.
Sahihkah berita?
Atau sekadar cakap-cakap sahaja
teori ditambah fantasi
konspirasi.
Di mana letaknya seruan menjaga hati?
Anak isteri, ibu bapa dan keluarga
mangsa.
Mungkinkah terletak di tempurung lutut?
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
17/03/14.
Sunday, 16 March 2014
HUKUM PEMBURU
Tembak biar kena
jangan sampai tersasar
kerana bila sudah tersasar
akan datanglah amuk
oleh yang diburu.
Hukum pemburuan di hutan rimba
tertakluk juga di hutan batu.
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
16/03/14.
Bicara hati
Perjalanan ini masih panjang
namun aku sudah kelelahan
menoleh ke belakang
membilang detik yang tertinggal
ribuan malah mungkin jutaan
detik yang tersia...
menangis dalam pangkuan hari
sesal segunung rasa
pun tidak mungkin bisa
menganyam kembali
rentetan yang tertinggal
diam dan pasrah...
bergelumang antara cita dan tuntutan
bungkam tidak berdaya
yang tersembunyi itu cita
yang terluah itu tuntutan
wahai hati yang hilang
bersuaralah sehabis kata
agar lara tidak lagi besembunyi
Cahaya Laila
16 mac 2014
klang
Subscribe to:
Posts (Atom)



