Friday 8 August 2014

ANAK PANAH TANPA BUSUR


Aku tiada busur
yang ada hanyalah anak panah
untuk dibidik
dari tinta bicaraku.

Aku tiada sasaran
kerana anak panahku tiada bermata untuk aku sasarkan
di lapang sasar bicaraku.


Namun anak panahku beracun
yang telah aku lumurkan bisanya
buat mereka yang berani
meletakkan jemari

... di atas setiap bicaraku.

Cubalah!
Sekiranya ada yang berhajat
merasai bicaraku.


Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment