Recent Posts

Friday, 8 August 2014

SEBIJI KAN JADI SEPULAU


Aku tak kesah
walau sekelilingnya aku dipenuhi asid
dan racun bergenang
terampang,
akan aku renang
tanpa sehembus nafas terlepas
tanpa setitik air tertelan
sehingga terdamparnya aku
di daratan naung
terhitung.


Dan akan bercambahlah aku
di situ
dari sebiji benih terbiar
menjadi sebuah pulau impian
penuh harapan,
maka bernaunglah kehidupan
hidupnya menumpang.


Sentiasa disenang.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment