Saturday 9 August 2014

DUHULU DAN SEKARANG CERITA DIKONGSI


Dulu-dulu di kampung halaman
rata-ratanya berumah papan, selapis dua
pintu rumah pula sentiasa terbuka
dari pagi hinggalah ke senja, ternganga kangkangnya
tapi tiada yang berangkara, terjamin keselamatannya
terjamin muhibahnya.

Sekarang berumah batu tiada lagi kayu
tinggi menjulang tiangnya berseri-seri
pintu rumah sentiasa berjaga siap bergari
dari pagi berulang kembali ke pagi, siap berkamera CCTV
tapi masih boleh lagi orang mencuri
tidak terjamin keselamatan walaupun seinci.

Anak-anak cubalah fikirkan sendiri
itu rumah dalam masyarakat kampung
yang masih ada lagi sifat bergotong royong
tidak seperti masyarakat di bandar ini
masing-masing sendiri-sendiri, buat-buat tak reti
sampaikan sesama jiran tidak dikenali.

Sama juga dengan pertanyaan anak tadi
kenapa orang luar boleh memasuki bangunan ini
meminta derma dan pelbagai lagi
bagai tiada pak jaga yang bertugas mengawasi
adakah kerana pak jaga makan gaji buta tuli
dan membiarkan perkara ini terjadi.

Semuanya kerana tiada kerjasama dari penghuni
keluar dan masuk sesuka hati pintu pagar tidak dipeduli
dibiarkan terkangkang tidak dikunci kembali
pak jaga pun ada perut untuk diisi
ada waktunya kena mengawal selia kerja yang diberi
bukan sentiasa ada di meja berkarat ini.

Jadinya ... kerjasama semua haruslah diberi
dalam mempastikan keselamatan sesama dipeliharai
ringankan tangan menutup kembali pagar dilewati
baru penceroboh tidak dapat menembusi
dan tidaklah kamu berasa sangsi
ingat! ... pak jaga cuma ada dua tangan - dua kaki.

Berilah kerjasama, jagalah keselamatan sesama.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment