Recent Posts

Saturday, 9 August 2014

REPUT


Bukan aku meretak kata
menghimpun durja dalam bicara
atau lidah mengheret pesona
lalu membuai bulan di tali awan
aspal bumi nanar bingung
menggunting layar jujur
membungkus kemudi tuju
camar pun patah sayapnya.


Teraju ikhlas telah lama reput
dimamah anai-anai percaya
bergelimpang di juzuk hayat
membusuk tanpa bau
dan di hujung kata itu
akulah camar
yang terbangnya
cuba menyongsong angin.


Qalam Bertinta
Klang
09082014
1315pm

No comments:

Post a Comment