Recent Posts

Friday, 8 August 2014

ULAM HATI


Bukit bukau aku selusuri
tinggi rendah aku redahi
dalam cetek aku harungi
demi mencari ulam diimpi.


Ulam kedamaian yang aku damba
mungkinkah terjumpa di alaf purba
bukan kecil hutan dan rimba
air di kali juga kutimba.


Buat penawar kumbahan hati.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment