Friday 8 August 2014

AKU TAK MAHU TAHU


Aku tak tahu
dan aku tak mahu tahu
biar aku tak tahu
apa yang aku tak tahu.


Aku tak mahu tahu
siapa yang menikam aku
kerana bagiku
aku tak perlu tahu.


Relalah aku
dalam tak tahu
daripada tahu
dan bersengketa selalu.


Biarkanlah aku tak tahu
tak perlu beritahu
agar aku tak tahu
dari aku tahu.


Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment