Wednesday, 31 October 2012

Hilang Punca


Segalanya Berkemungkinan Di Hatiku


SELAMAT MALAM


Tuesday, 30 October 2012

Duri-duri Cinta


Dari Kerana Mata


Rindu Dendam Cemburu Dugaan


Yang Tak Bernama


Di Kerlip Nurani


Kita Bersama Tanya


Kehadiranmu Di Balik Tirai Berkabus Rindu


Enaknya Mimpi Malam Tadi


Khurafat


Bila Rindu Bernota Lagu


Monday, 29 October 2012

Kesinambungan Hidup Harus Diperjuang


ILHAMKU DI SUDUT INI


SELAMAT MALAM SAYANG


Rusie


Galeri Mimpi


Dua Hati Menjadi Satu


Setia Mentari


Bukan aku pinta


Ketika Waktu Berganti


Sunday, 28 October 2012

CINTAKU


Sayang


Aku Tiada Jawapannya


Celoreng


Senja Kembali Lagi


Rindunya Aku Padamu


Rindu Bersatu


BIARLAH RAHSIA


Semerbak Wangian


Tanpamu


Aku Bukan Sesiapa


Tajwid Cintaku Yang Berserakan


Rindu


Sengketa Bahasa Alam Maya


Biar Menjadi Tanda Tanya


Saturday, 27 October 2012

Angin, sampaikan pesanku


Senja


‎~ Dakapan Syahdu Dalam Mihrab-Mu ~


Desahan rindu
menggamit
fanaku terpancar

melangkah
desiran-desiran hembusan kasih-Mu

Rembulan kejora
menyingkap
cahaya kasih dan sayang-Mu
terpana daku
dalam pelukan-Mu

Berteleku
bertasbih
bertahmid
zikirku meniti di-bibir
memuji-Mu Ya Illahi

'Dakapan Syahdu Dalam Mihrab-Mu'...kepada-Mu aku kembali...

26hb Oktober 2012 Jumaat
12.37pm
SNQ ♥

Harga Setitis Air Mata


Nafsu Amarah ~


Bertempik, berteriak
mengendong dosa-dosa
kelmarin

membungkam lembah
nafsu amarah

Amalan bersepai
hujah bagaikan ilmiah
takbir berterabur
sendi ranap
runtuh

'Nafsu Amarah'...menguasai diri...
Syahadah...

27hb Oktober 2012 Sabtu
7.17pm
SNQ

~ SUAMIKU ♥ ~



kehadiran yang tidak diduga
di atas sejadah kubersimpuh
dalam bitiran-butiran tasbih
wajahmu membisik bisik syahdu
rona kamarku bersirna pelangi
tersergam cahaya mahligai pelamin
dalam cinta tasbihku ...

~ kuterimamu Abg ♥ ketika cintaku bertasbih..~

~ AnnaBf ♥♥♥
26/10/2012 ~ 6.30Pm
~Taiping ♥ ~

~NOSTALGIA ~


terpegun terpesona
butiran kata-kata
indah segalanya
bagaikan di syurga
tapi kesemuanya
Janji Manismu sahaja...
~~ Huwaaaaaa ~

‎~ Ratapan Naluri...Hanya Pada-Mu ~


Tersungkur rebah
mengengsot kaku
terlalai dengusan nafsu

berpapah lesu
keliru tujuan

Mencongak hari
meratip hiba
terkedu bisu
khayal dalam asyiknya

Bersimpuh
sukma, kalbu suram
menggagau gelita
terhantuk
terngadah

'Ratapan Naluri'...Hanya Pada-Mu Ya Rabb'...di pangkuan-Mu jua...

27hb Oktober 2012 Sabtu
12.16am
SNQ

‎~ Tutur Bicaramu...Menikam Kalbu ~


Terlontar jauh di persisiran
di lautan gerimis, aku lemas
sekelip mata cinta yang

dulunya indah, kini hanya
tinggal kenangan

Berpupuk di lembayung
kasih palsu, redupan
senja menggamit lesu
di perdu rindu yang
tiada penghujungnya

Dikenang pun jangan
merindui pun jangan
hanya yang kumampu
tangisan dalam senduku
sebak di dada

Tersungkur jua
di perbatasan cinta
yang bersemi lamanya
kini hanya bagaikan
noktah terakhir

Tika digelangi kasih
kamar hati diintai
rindu syahdu
menggebu, menitip
denai cinta

Kini rapuhnya dedaunan
cinta, terhambur
ungkapan berbisa
tempias luka duka
merobek hati...

'Tutur Bicaramu...Menikam Kalbu'...tercalar pedih, genggaman cinta, kulepaskan jua...

27hb Oktober 2012 Sabtu
3.32am
SNQ

‎~ Ketentuan pasti ~


sinar rembulan
teriknya bahang mentari
segarnya siulan bayu

subur dan gersang saling berganti
deras dan tenangnya arus di muara
sentiasa berganding
mencipta lumrah alam

layunya dedaun rindu
gugur kekeringan kasih
reputnya ranting sayang
sekah dan patahnya dahan cinta
tumbangnya pepohon percintaan
juga lumrah alam

datang dan perginya rindu
bahagia dan kalutnya kasih
manis dan pahit sayang
mekar dan layunya cinta
mati dan terkuburnya percintaan
juga lumrah alam

lihatlah diri
lihatlah silap
lupakan ego
carilah kata selesai
jika buntu juga yang ditemui
tadahkan tanganmu
mohonlah restu Illahi
usah disalahi diri
usah disalahkan takdir
kerana itu kelemahan peribadi

Jueaffendi
27/10/2012

‎~ Terbang ~


Mereka terbang datang
dan pulang
sedang riang membias sepi

mereke terbang pergi
laman warisan kembali sunyi
aku bermonolog sendiri
tentang putaran realiti
kehidupan silih berganti

Bila malam terbentang
aku jua akan terbang
menerewang ke alam fantasi
mengutip dan menganyam aksara hati
buat selampir puisi
penghibur hati.

~ msa: 27.10.12 sk443 ~

BERCERITA TENTANG DAMAI


Bercerita tentang damai
di hujung renyai 
menanti senyum fajar

menyentuh dingin sabar
menghangat penantian

ada jalur warna indah
ada senyum menutup resah
di hujung renyai
membisik angin damai
merungkai gelisah.

Bercerita tentang damai
hening nan sendu
tersimpan nada sayu
mencari jalur damai
tanpa jemu.

~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
:: AlangEynna::
Oct 27, 2012; 6:00pm

Manik Rindu


Embun


SETAKAT DI SINI SAJA


Cinta Berpada-Pada


Kolaborasi puisi di dalam Farmasi RasaHati antara Sazalee Sulaiman dan Yati Syang.

Cinta Berpada-Pada

Yati Syang:

Inilah hakikat sebuah cinta
ada rindu ada sayang jua
moga terpaterinya cinta kita
akan abadi sepanjang usia,

bila rindu datang lagi
memaksa diri untuk menyayangi
moga kekal dalam hati
kelak cinta kita cinta hakiki,

Sazalee Sulaiman:

cinta suci di dalam hati
bermakrifat rindu kasih abadi
terbuai resah hilang menyepi
bila diri mula disayangi,

bermahkota indah kalbu asmara
mengikat jiwa gelora tiada
itulah cinta yang amat didamba
bersaksi Allah sebagai Penguasa,

Yati Syang: 

bila diri disayangi
terasa dibuainya hati
udah lama diri menyepi 
kini cinta menyemarak kembali,

cinta Allah tiada tandingnya
cinta manusia unik rasanya
hatiku indah rasanya 
andai itu milikku adanya,

Sazalee Sulaiman:

tepuk dada tanya selera
mekarnya bunga di jambangan jiwa
kasih dan cinta pinjaman yang Esa
bersyukurlah kita seada-adanya,

janganlah pula terlupa kita
kasih sesama insan berpada-pada
kelak terluka tiada tersiksa
tawakal dan zuhud itu mahunya,

biar dunia dalam genggaman kita
jangan kita di genggaman dunia.

ss/spl/pm ...27/10/2012.


Istana Cinta



Seindah suria pagi
menyinari istana suci
menggamit ketenangan hati
bila diri dikasihi,

bingkisan rindu yang engkau kirimkan
selamat tiba di dalam halaman
akan kususun seindah harapan
menjadi perhiasan istana impian,

rindumu dan rinduku
kini tersemat janji yang padu
bersatu hati menjadi satu
di dalam mahligai cinta dan rindu,

berdua kita di anjungan cinta
berkubah biru sayang di dada
agar menggebu kasih asmara
di mahligai cinta kuukir istana,

istana cinta kita berdua.

ss/spl/pm ...27/10/2012.

http://youtu.be/viBPhWHH6zc


Sampai Waktuku