koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 27 October 2012
Cinta Berpada-Pada
Kolaborasi puisi di dalam Farmasi RasaHati antara Sazalee Sulaiman dan Yati Syang.
Cinta Berpada-Pada
Yati Syang:
Inilah hakikat sebuah cinta
ada rindu ada sayang jua
moga terpaterinya cinta kita
akan abadi sepanjang usia,
bila rindu datang lagi
memaksa diri untuk menyayangi
moga kekal dalam hati
kelak cinta kita cinta hakiki,
Sazalee Sulaiman:
cinta suci di dalam hati
bermakrifat rindu kasih abadi
terbuai resah hilang menyepi
bila diri mula disayangi,
bermahkota indah kalbu asmara
mengikat jiwa gelora tiada
itulah cinta yang amat didamba
bersaksi Allah sebagai Penguasa,
Yati Syang:
bila diri disayangi
terasa dibuainya hati
udah lama diri menyepi
kini cinta menyemarak kembali,
cinta Allah tiada tandingnya
cinta manusia unik rasanya
hatiku indah rasanya
andai itu milikku adanya,
Sazalee Sulaiman:
tepuk dada tanya selera
mekarnya bunga di jambangan jiwa
kasih dan cinta pinjaman yang Esa
bersyukurlah kita seada-adanya,
janganlah pula terlupa kita
kasih sesama insan berpada-pada
kelak terluka tiada tersiksa
tawakal dan zuhud itu mahunya,
biar dunia dalam genggaman kita
jangan kita di genggaman dunia.
ss/spl/pm ...27/10/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment