sinar rembulan
teriknya bahang mentari
segarnya siulan bayu
subur dan gersang saling berganti
deras dan tenangnya arus di muara
sentiasa berganding
mencipta lumrah alam
layunya dedaun rindu
gugur kekeringan kasih
reputnya ranting sayang
sekah dan patahnya dahan cinta
tumbangnya pepohon percintaan
juga lumrah alam
datang dan perginya rindu
bahagia dan kalutnya kasih
manis dan pahit sayang
mekar dan layunya cinta
mati dan terkuburnya percintaan
juga lumrah alam
lihatlah diri
lihatlah silap
lupakan ego
carilah kata selesai
jika buntu juga yang ditemui
tadahkan tanganmu
mohonlah restu Illahi
usah disalahi diri
usah disalahkan takdir
kerana itu kelemahan peribadi
Jueaffendi
27/10/2012
deras dan tenangnya arus di muara
sentiasa berganding
mencipta lumrah alam
layunya dedaun rindu
gugur kekeringan kasih
reputnya ranting sayang
sekah dan patahnya dahan cinta
tumbangnya pepohon percintaan
juga lumrah alam
datang dan perginya rindu
bahagia dan kalutnya kasih
manis dan pahit sayang
mekar dan layunya cinta
mati dan terkuburnya percintaan
juga lumrah alam
lihatlah diri
lihatlah silap
lupakan ego
carilah kata selesai
jika buntu juga yang ditemui
tadahkan tanganmu
mohonlah restu Illahi
usah disalahi diri
usah disalahkan takdir
kerana itu kelemahan peribadi
Jueaffendi
27/10/2012
No comments:
Post a Comment