Sunday, 27 October 2013

Dua, dua; semuanya dua. (Kecindan)


Bila badan dah letih
mata mula berbalar
apa yang dipandang
semuanya nampak dua
seakan kembar
satu sama lainnya.

Bantal nampak dua
tetap melambai minta dibelai
aduhai! 
... sabarlah mata.

Kaki nampak dua kali ganda 
bila kasut kusarung
nampak empat
mengalahkan kaki sotong.

Pokok mangga depan rumah 
turut nampak dua
berpinar mataku di biasan cahaya
nak sahaja, aku masuk ke rumah semula.

Bila aku cium anak-anak
aku tertanya-tanya di dada
bila masanya 
isteri aku lahirkan anak-anak kembar; tersusun.

Tetapi yang hairannya
bila aku pandang isteriku
tidak pula mahunya jadi dua
kan 'best' kalau jadi dua.

Ahaksssss!
Minta maaf tok, anak cucu tumpang lalu
kih kih kih ... aduyai;
berangan.

Sazalee Sulaiman 27/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment