koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 27 October 2013
Tergamam.
Sedih, hiba
semuanya berkecamuk
bercampur baur
terkejut
semua perasaan bergolak ketika ini
tatkala mendapat perkhabaran
kawan yang aku ucapkan hari lahirnya
hari ini
telah pulang ke Rahmatullah
pada 18 Mei yang lalu
kawan lama yang aku kenal lebih 20 tahun yang lalu
telahpun pergi dijemput Ilahi.
Ramai yang terkejut
bukan hanya aku
tergamam
... hilang bicara.
Al- Fatihah untukmu sahabatku Aznan Azmi.
Sazalee Sulaiman ... 27/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment