koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 2 May 2013
Rindu yang tiba.
Bulan sabit di dada malam
mungkinkah gering akan gerangannya
berbalar kelam redup cahaya
menangis pungguk, air mata tiada
... rindu di jiwa tidak terkata.
ss/spl/pm ... 02/05/2013.
Wednesday, 1 May 2013
BAGAI MENGAJAR JURUSOLEK MENYOLEK.
Sajak ringkas mainan gambar bertajuk:
BAGAI MENGAJAR JURUSOLEK MENYOLEK.
Cantik tak?
ss/spl/pm ... 01/05/2013.
Anak nak lawan bapak.
Anak singa menunjuk pandai
ingin mengaum seperti ngauman bapaknya
tapi suara depa halus
yang keluar nyaring seperti kucing.
Meow Meow.
Belajar lagi kata bapaknya.
ss/spl/pm ... 01/05/2013.
Sedetik kerinduan.
Ingin bertanya pada hati
bibir berat berbicara
siapa yang bertakhta di hati?
hanya dia...
Kusering terfikir di mana letak diriku
di hatimu
jawapan yang tidak pernah kuterima
dalam diam kauberikan harapan
sinarkan kebahagian namun tiada kepastian
Adakah kaujua seperti aku
memikir dan merindu saban waktu
atau hanya hati ini merindu pada yang tak sudi
sememangnya cinta tak semestinya bersatu
walau rindu itu ada
sedetik kerinduan
~amran azahari~
Sri Aman, Sarawak.
SERPIHAN TAWA MASIH MENYINDIR
Entah mengapa
setiap kali mengeja
perkataan itu juga yang terlihat
pudar warna tetap terpancar jelas
di setiap sudut kucuba
memadamkan garis ingatan
melawan diri namun tewas
gigil diri seakan mengerti
darah yang mengalir itu seakan membeku
luka yang terdendam tidak mampu terbuang
mengapa aku tewas
namun tenang di wajah itu
bagai menyindir tawa
saat aku berlawan kata
tidak berdaya seorang aku
acapkali di buru
oleh gelombang semalam
bagaikan berdiri aku tidak seimbang
ke mana aku pandang semuanya kegelapan
saat guruh memuntahkan serpihan
bertaburan kaca-kaca kelukaan
mampukah
aku berdiam
penalukisan hati
ummi marsheyta
1/4/13
Taiping
Pusing-pusing Pulau Pinang.
Aduhai, asik-asik peneng
kalih-kalih peneng
gohead gostan pun peneng
gamaknya rezeki kami memang kat peneng kot
lepas satu pi
mai sat satu lagi marka peneng
tak da lain negeri ka apa.
Aduyai, jom!
Mari kita pakat tengok boria kat Komtar
tak pun kita pekena pasembor kat Balik Pulau
kita layan laksa peneng semangkuk dua
mana tau dapat pancing anak mami
hidung mancung Milakumari
bukan apa ... !
Alang-alang kita dah ke mari.
Eh! Nak ka mereka ngan kami
bukan pun berdarah keturunan syed
yang ada darah pahit
melekit-lekit di kaki bukit
... Bukit Fraser.
ss/spl/pm ... 01/05/2013.
JEJAK LALU
Sejauh ini kutinggalkan jejak lama kita
aku tak mungkin menoleh
apatah lagi menyusur kembali
tapak kenangan lama itu
kerana...padaku
setiap satu jejak itu tertulis
tentang kesakitan dan kekecewaanku
tentang derita dan airmata darimu
andai terselit bahagia antaranya
tetap aku tinggalkan
tetap aku berlalu
...berakhir sudah cerita cinta kita
~~danhayati~~
300413 11:35pm
Watikah Dari Hati Seorang Pekerja.
Sempena hari pekerja
yang gemilang, terbilang dan cemerlang ini
kuaturkan kata merafak di jiwa
agar kebajikan pekerja
dipandang mulia dijaga; diperkasa.
Janganlah lagi
golongan pekerja dipandang hina
hanya bersebelahan mata
wajah pekerja dikilas
bagai ada jijik berselingkuh di jiwa.
Wahai menteri
mandatmu kami yang beri
berdirimu berkerusi
kami yang memangkah - mengundi
beringatlah selalu di hati
... kebajikan kami
jangan dipermain jangan dibuli.
Watikah ini, watikah hati
watikah dari hati seorang pekerja
... dilabel kuli.
Selamat Hari Pekerja kepada semua golongan pekerja.
ss/spl/pm ... 01/05/2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)






