koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 1 May 2013
Pusing-pusing Pulau Pinang.
Aduhai, asik-asik peneng
kalih-kalih peneng
gohead gostan pun peneng
gamaknya rezeki kami memang kat peneng kot
lepas satu pi
mai sat satu lagi marka peneng
tak da lain negeri ka apa.
Aduyai, jom!
Mari kita pakat tengok boria kat Komtar
tak pun kita pekena pasembor kat Balik Pulau
kita layan laksa peneng semangkuk dua
mana tau dapat pancing anak mami
hidung mancung Milakumari
bukan apa ... !
Alang-alang kita dah ke mari.
Eh! Nak ka mereka ngan kami
bukan pun berdarah keturunan syed
yang ada darah pahit
melekit-lekit di kaki bukit
... Bukit Fraser.
ss/spl/pm ... 01/05/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment