koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 22 October 2012
Seperti Itik Nila Memadam Tulisan
(Percubaan dalam permainan bahasa)
Seperti Itik Nila Memadam Tulisan
Bagai seekor itik nila
mengibas-ngibaskan ekornya
sekejap ke kiri
sekejap pula ke kanan
buat memadam tulisan
di papan yang tidak seberapa hitam
walau tercarik tulisan
kabur pandangan
tatapan.
Namun masih lagi
boleh dibaca
dapat diterjemahkan
malah akan bertambah lagi
tulisannya
tulisan tidak terbaca dek mata
panca indera
tulisan yang hanya tertera
di titik terluka
yang melukakan perasaan
yang rasa bagai dihina
terhina.
Diperbodoh-bodohkan
diperkotak-katikkan
seumpama melempar batu
tangan disorokkan
menggaru punggung
tangan dicuri-curi hidu bau
tidak terbekas
terkesan
namun penuh bau-bauan
busuk berbunga
sehingga petang menjelang
bermuka toya
selamba sahaja lagaknya
bagai tiada apa yang dilakukan olehnya.
Bacul
pengecut
tiada berpendirian.
Kalau berani
silalah tampil ke hadapan
kita berhadapan.
ss/spl/pm ... 22/10/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment