koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 30 November 2012
Penangan rindu secara tiba-tiba
"Bila rindu bergelora di jiwa
ya Allah!
Sakitnya yang aku rasa
bagai dihimpit seketul batu di atas dada
dicengkam sebu di dalam minda
serba serbi rasa tak kena
terbayang wajahmu di mana-mana
pendek kata,
bernafas pun terhidu kewangian lavender
berperisa pudina
tubuhmu giur kasturinya
mendatangkan angau tidak semena-mena"
"Ahh!
Serba tak kena dibuatnya
bila rindu
menguasai deria".
ss/spl/pm ... 30/11/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment