koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 18 November 2012
Seperti Cacing Kepanasan
Usahlah resah, gelisah dan menggelabah
seperti cacing dalam kepanasan
melanting-lanting punggung kebakaran
dibakar haba, tanah kekeringan
atau disimbah air menggelegak
panasnya mendidih tidak tercongak.
Jadilah ikan dan kehidupan di lautan
dilambung gelombang ombak mendatang
membadai ganas taufan berteman
hingga terdampar di pantai berbatuan
namun gelisah tetap berketanggungan
tenang berona itulah kehidupan.
Buanglah resah, gantikan dengan kesyukuran.
ss/spl/pm ... 18/11/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment