koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 25 October 2013
Aku hanya seorang hamba.
Ya Allah, sesungguhnya;
aku tak layak menjadi pengantin-Mu
kerana aku tahu, aku hanyalah seorang hamba
yang Kau-cipta dari Nurkasih
bukan untuk sepelamin dengan-Mu.
Ya Allah, aku tahu, Engkau tidak beristeri apalagi memperisteri
tidak bersuami atau mempersuamikan, tidak pula beranak dan diperanakkan
jadinya; aku pohon pada-Mu.
... jauhkanlah hatiku dari hasad dan jumud
sehingga menyekutukan-Mu, dengan kejadian seorang hamba; sepertiku.
Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya aku tahu
aku memang tidak layak memiliki, menghuni syurga-Mu
hanya neraka tempatku, seandainya aku menyekutukan-Mu; namun aku
tetap merayu, agar Kau-berikan kesempatan untukku; kepadaku
menghidu wanginya syurga, ciptaan-Mu.
Ya Allah ... ampunilah aku
seorang hamba ... ,
hamba-Mu.
Sazalee Sulaiman ... 25/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment