Pernah dahulu aku bilang
aku ini suami orang
yang tak layak untuk engkau sayangkan
tapi kaubilang:
"sayang tak kisah abang
janji abang kepunyaan sayang,
sayang sanggup berkongsi kasih dan sayang"
Pernah juga aku bilang
jatuh cintalah kepada karya-karyaku
jangan jatuh cinta kepada aku
tapi kaubilang:
"sayang dah cuba abang
tapi sayang tetap mahukan abang
sayang amat menyintai abang"
Nah!! ... kenapa kini engkau pula yang bilang
engkau juga seorang perempuan
dan engkau tahu bagaimana rasanya hati dan perasaan
seorang insan yang bernama perempuan
bila sang suami memadu kasih dan sayang
dan berlaku curang di belakang
bersama perempuan lain
dan menyemai bibit-bibit percintaan ... ,
hipokrit benar apa yang engkau bilang.
Pergilah engkau mulai dari sekarang
janganlah engkau berpaling ke belakang
kerana aku pula yang mahu bilang
kepadamu yang membuat aku bengang
bilangku:
"Hai hai - babye"
Titik! ... itu sahaja yang aku mahu bilang.
ss/spl/pm ... 30/9/2012.
No comments:
Post a Comment