koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 25 September 2012
Nasib Seorang Ibu Tunggal
Seorang ibu tunggal
ditinggal suami - bukannya suami meninggal
menempuh gelombang hidup yang penuh ranjau beraral
menyara tiga cahayamata kudratnya dipintal
payah dan jerih tidak pernah disesal.
Apalah dosa hinggakan dirinya ditinggal
tangan terkapai-kapai - hidupnya pula, sentiasa terkial-kial
dalam seusia muda taraf janda telah direhal
dicemuh masyarakat - berhati dajal
takutkan suami mereka; angau - si ibu tunggal dikatakan gatal.
Sedarlah manusia tiada siapa yang mahukan taraf tunggal
baik ibu mahupun bapa pasti akan rasa janggal
dahulu bersama, setiap masa dan ketika - tidurnya sebantal
mengecapi bahagia - menempuh aral berdugal
tidak tersangka - goyah rumahtangga ... talak terpaksa dibedal.
Cuba bayangkan! ... anda di tempat - seorang ibu tunggal.
ss/spl/pm ... 24/9/2012.
(permintaan dari seorang sahabat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment