koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 27 September 2012
Senyumlah Seboleh-Bolehnya Kamu Senyumkan
Jangan kauizinkan air matamu berlinangan
jangan kauizinkan sesiapa pun melihatnya bergenangan
kelak terpampang segala macam jenis kelemahan
menjadi hidangan teman-teman dan para taulan
disindir nanti oleh jiwa gelap tidak berperi kemanusiaan.
Senyumlah selalu walau hatimu penuh kelukaan
dari menjadi santapan mata-mata yang sering mencuri pandang
menunggu masa dan ketika untuk menerjah sambil menerkam
seandainya dirimu kehilangan pedoman dan keseimbangan
terumbang ambing di dalam gelora tiada bertepian.
Senyumlah selalu seperti tiada apa yang ingin engkau risaukan.
ss/spl/pm ... 28/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment