koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 3 October 2012
Misteri Sebuah Mimpi
Semalam aku didatangi mimpi
mimpiku ini ngeri sekali
mendatangkan gerun rasa di hati
hingga mengeletar kedua kakiku yang bersendi
tercungap aku, mengah dek sentapan mimpi yang ngeri.
Setelah tenang, suasana kembali sepi
aku berfikir kembali - merenong seorang diri
apakah alamat mimpiku tadi
dikejar bayangan, penuh misteri
berparang di tangan, tajamnya - yang amat sekali.
Bertempik dan memaki
sambil melibas ke kanan dan ke kiri
namun! ... bila sampai sahaja - ke leherku ini
iapun berhenti ... kalau tidak - mampus aku tadi
dan tinggallah jasad tanpa kepala, menemani.
Ah!! ... derauan darahku masih mendidih nyeri
tidak kutahu, tafsiran apa untuk aku guna lagi
puas kutelek di air jampi
mahupun di dalam mangkuk berhirisan limau kasturi
namun tafsiran - tidak dapat aku renungi.
Oh! Mimpi ... gerangan apakah alamatnya kali ini.
Boleh sesiapa berikan tafsiran mimpiku tadi?
ss/spl/pm ... 03/10/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment