koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 2 October 2012
Pungguk Hatimu
Biarlah aku menjadi pungguk di hatimu
yang selalu ada menemani, malam gersangmu
di dahan pokok aku bertenggek
di dahan rindu dadaku mendabik
mendayu aku bukannya mengembek
merayu aku bukannya, aku lembik ... .
Lembikkah aku?
Bukanlah! ... bukannya aku seorang yang lembik
dan bukan juga seorang yang fasik
mahupun jua seorang fanatik
merayu aku berlandaskan alunan ... ,
Mozart yang gemersik.
Pungguk merayu berbahasa - lapik.
ss/spl/pm ... 2/10/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment