koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 15 November 2012
Akrostik
NASI LEMAK BIASA
Nikmat menjamu selera
Akan menyerapi di dalam
Suapan demi suapan
Impian kelaparan telah terlaksana.
Lebih
Enak bila
Menjamu selera
Akan nasi lemak sambil
Kita mengadap wajah yang tercinta.
Biar berjauhan
Imej tetap terpampang di skrin komputer riba
Akhirnya tanpa disedari
Suapan terakhir menyapa lamunan
Akibat rindu tidak tertahan.
ss/spl/pm ... 15/11/2012.
Jemput makan semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment