Monday, 12 November 2012

Gendang Perang Di Langit



Ahh!

Mampukah?
Pelangi terbit selepas hujan
meronakan warna-warna kehidupan
wujud terpancar 
keindahan 
di langit petang
bergugusan.

Atau mungkinkah?
Pelangi menyepi
lenyap 
tidak kelihatan, kedapatan
rela bersembunyi
di balik mega yang masih berserakan
hilang tidak terpandang.

Sedangkan langit 
masih lagi berdendang 
gendang peperangan.

Ahh! 
Biarkan.

ss/spl/pm ... 12/11/2012.


No comments:

Post a Comment