Saturday, 10 November 2012

Lembah Sunyi



Di lembah ini
aku berdiri seorang diri
selepas hujan mula menyepi
membasahi bumi
turunnya bersiram, menyirami
terik mentari
di tengahari
sunyi,
kusaksikan, bersaksi
benih-benih seni
mekar bercambah kembali
di kayu-kayu mati
memayungi
rumput dan kulat di dada bumi
prosa di hati,
kembalinya ia ke sini
mewarnai diri
berfungsi
di sebalik rona-rona pelangi
sepi.

Di lembah sunyi mindaku ligat beraksi.

ss/spl/pm ... 09/11/2012.


No comments:

Post a Comment