Tuesday, 1 October 2013

Anugerah Allah.


Bukan mahu menyalah cikgu di sekolah
jika anak dirotan kerana salah
tapi gunakan akal yang dianugerah
jangan sesuka hati nak marah-marah

kalau salah anak aku tak kisah
kerana disiplin anak kuserah
tetapi jangan sampai aku melatah, meludah
yang tak salah dikatakan salah

rambut yang panjang nak gunting, guntinglah
kerana disiplin mak bapak pastinya pasrah
cuma yang membuat aku rasa marah
rambut anakku seperti aku, keperangan; dikatakan masalah

sampai dihambat dari sekolah
kalau tak botakkan kepala jangan datang ke sekolah
ini bukan mahu menyelesaikan masalah
tapi makin menambahkan masalah

kerana itu anakku dah jadi lemah
sampai tak mahu perginya ke sekolah 
katanya sudahlah ayah, 
rambutnya perang ayah yang salah

wahai pak guru, ustaz di sekolah
aku merayu jangan cari masalah
selesaikan masalah bukannya menambahkan masalah
tunggulah aku, esok aku datang ke sekolah.

Genetik itu anugerah Allah.

Sazalee Sulaiman ... 01/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment