koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 9 October 2013
Balasan pantun Tuan Yahya Hamid.
Tuan Sazalee Sulaiman, ini dia pantun bahasa rojak ciptaan I sendiri, you know:
Hati I Ni Betul-Betul Berang,
So Kecewa You Bila I Lihat,
Bahasa Rojak They All Temberang,
Actually They All Perosak Berat."
Makan Rojak Berbahasa Rojak,
Terasa Hebat Sambil Bersantap,
Pintar Berbahasa Dia Pun Tidak,
Mungkinkah Itu Tingkah Biadap?
Salam.
Balasan: Betul Tuan...
Terhantuk dahi bila membaca,
Tergelak sendiri sambil melirik;
Aduhai rojak sungguh berperca,
Bahasa cantik tampak dah pelik.
aduhai...
Orang berperi dia berbeca,
Orang membeli dia menjual;
Terasa geli bila membaca,
Bahasa terlacur di jari dajal.
Sazalee Sulaiman ... 07/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment