koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 24 October 2013
DI MANAKAH DIKAU
Di manakah dikau?
tiada ucapan yang diberi
tiada pesanan yang dikau kirimi
tiada bicara yang menemani
hanya potretmu pengganti diri.
Bertamu rindu tanpa jemu
rinduku pada indah bahasamu
di manakah dikau yang kurindu
gelora rinduku meruntun sukmaku.
Masih terigau bicara mesramu
bicara rindu nan membisik
bisikan rindu nan menyentuh kalbu
kalbu terpendam kesumat rindu.
ZIE 24/10/2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment