koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 24 October 2013
Gurindam si penyair tua.
Adat yang lama dilupa jangan
jadikan ingatan sepanjang zaman
bila melangkah mulakan dengan langkahan kanan
agar si kiri mampu menepis ranjau di sepanjang jalan
yang tua jadikanlah sanjungan
yang muda pula dijunjung gemerlapan
orang muda berjalan kepala biar ditundukkan
orang tua memerhati penuh adat sopan
tiada ruginya bertegur dan bersapaan
ilmu dikongsi jadikan pedoman
biar seiring dan biarlah sejalan
aral melintang dapat dijadikan ratahan
sombong dan bongkak usah dibanggakan
kelak dibenci musuh dan rakan.
Sazalee Sulaiman ... 23/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment