koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 13 October 2013
JODOH.
Andainya aku mampu
miliki empat keping hati
menyayangi aku seadanya
akulah insan berjaya
di muka dunia.
Jika hanya termampu aku miliki
tiga keping hati yang berpenghuni
akan aku semai kasih murni
menjadi azimat suci, bertangkal
di hati - di jiwaku.
Kalau bukan tiga atau empat
cukuplah rasanya dua keping hati
yang mampu aku bahterai - layari
sebagai penguat diri, kejantanan
nafsu aku tempias: halal.
Namun jika rezekiku hanya satu
cukuplah itu sebagai syarat kehidupanku
menyahut seruan Adam dan Hawa
bahawa hidup ini haruslah berteman
bukan keseorangan tiada warisan.
Bersyukurlah aku seadanya
kehadrat Ilahi yang Maha Mengasihi
jodoh itu; ketentuan-Nya
... amin.
Sazalee Sulaiman ... 13/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment