koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 5 October 2013
Langit Semalam.
Langit semalam kelam
kelam dalam bahang
bahang menyua kalbu
kalbu yang merasa.
Langit semalam runtuh
runtuh menyembah bumi
bumi diratip jiwa
jiwa jelas; dicalar.
Langit semalam aku
aku metafora diri
diri di tamparan duka
duka dikenyit guntur.
Kututup langit sepi
bahang menghurung diri
aku bersendiri.
Pagi ini dingin
dingin mengoles ubun
ubun bermata
bermatakan sekeping hati.
Tangisan yang berlagu
di renjisan langit semalam.
Sazalee Sulaiman ... 05/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment