koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 3 October 2013
Pantun Di Muara Kasih.
Muara kasih air berkocak,
Pasangnya dalam melimpah ruah;
Muara fasih zahir berpencak,
Pasangnya ilham tertumpah luah.
Kocak melimpah melanggar tebing,
Tebingnya luas santun berbirat;
Puncak berempah berpagar sumbing,
Sumbingnya kias pantun ibarat.
Birat terpampang dilibas rotan,
Runtuhnya titi di bendang Lundu;
Ibarat simpang dibias intan,
Menyentuh hati sedang merindu.
Sazalee Sulaiman ... 03/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment