koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 14 October 2013
Puisi dan lagu: Salam Aidiladha
http://youtu.be/x_XZIIdmsiw
Terdengar suara panggilan dari Baitullah
terdengar suara panggilan dari Mekah
terdengar suara panggilan dari Kaabah
terdengar suara memuji kebesaran Allah
panggilan itu bergema
panggilan itu memanggil
panggilan itu menyeru
panggilan itu menyebut
tiba masanya zuhud di bumi Allah
tiba masanya sucikan hati demi Allah
tiba masanya meraikan haji Mabrur diterima Allah
tiba masanya 10 Zulhijjah
hari kemenangan diraikan semua
seperti dijanji di dalam kalamullah.
'labbaikallahumalabai
labbaikalasyarikalakalabai
innalhamda
wanaqmata
lakawalmuth
lasyarikallah'
https://soundcloud.com/ibnamad/takbir-raya
Sazalee Sulaiman ... 14/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment