koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 5 October 2013
Ranting untuk berpaut;
: biarlah kental
tidak mudah patah
diratah hidup.
: biarlah rendang
mudah berlindung
panas bersiram.
: biarlah tinggi
tidak mudah didaki
jemari nakal.
: walaupun rendah
tidak melata
rantingnya dipuja.
... ranting dipaut
tidak dimamah bubut
reput di umbut.
Sazalee Sulaiman ... 05/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment