koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 18 October 2013
RESAH
Di bahu malam
ada resah yang kukandar
lelah dan menyakitkan
bulan mengeluh malas
bintang pudar
dan di lantai bumi
awan menyamar kabus
cuba mendinginkan aku
dalam bahang resah
yang membakar.
Resah itu masih ada
tetap di situ
keluhku bersambung
cuba bermimpi
membuang resah
namun enggan lena
dan malam pun larut
:matahari
masih lena di laman langit.
Kutanya resah
masihkah engkau di situ?
Diam… tanpa jawapan
pun di hujung nafasnya
ada getar kelelahan
dan aku semakin mengerti.
Qalam Bertinta
Klang
18102013
1227am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment