Tarian itu telah lama kita lenggokkan
langkahnya kita lembutkan selembut sutera cina
lentikan jarinya menjemput persaudaraan
sedangkan jemari ini sudah lama mengetuk lantai tarinya
menyongsong irama yang menjahit makna di dalamnya
lalu kita pun asyik membalut diri dengan firasat
dan menjelajah maksud tergantung di antara langit dan bumi.
Kasih...
kita bukannya Si Kitol atau Mandeliar
yang membina pentas fitnah di puncak ubun-ubun
kita juga bukan sultan yang menjunjung nafsu dan kebodohan
ketika celiknya dibutakan dengan suapan hasad dan iri
hinggakan Si Bendahara hampir pupus pewarisnya
dibunuh kerana dungunya sultan yang telah hilang wibawanya
jika tidak, tak akan Tuah tersingkir hina
...terbuang jauh.
Kasih...
Zapin ini tidak hanya langkahan kaki dan lentikan jari
iramanya bukan hanya ketukan gong dan paluan rebana
kita tarikannya dengan semangat rasa yang menjulang
biar derap dan getar itu membias ke jiwa-jiwa bangsa
untuk terus kukuh menancap bumi tanpa goyah
dan untuk terus berdiri memahami erti
yang semakin longlai dirantai kesombongan diri
ketika kemanusiaan telah hilang sifatnya
digadai dalam celaru yang semakin panjang.
Qalam Bertinta
Klang
03062014
1229pm

No comments:
Post a Comment