Aku menulis engkau pun menulis. Menulis tentang apa saja yang terilham dek akal dengan izin-Nya. Dari suku kata ke beberapa perkataan yang membentuk ayat-ayat bermakna dan semestinya mempunyai nilai tersendiri. Sama ada tersurat atau tersirat tentu ada mesej yang cuba disampaikan. Bila keputusan menulis diambil biarlah tulis itu bererti bukan hanya untuk diri sendiri malah ruang lingkupnya meliputi pembaca yang mengikuti penulisan itu.
Perkongsian dalam bentuk penulisan sering kali menimbulkan pelbagai andaian dan tanggapan yang berbeza dari maksud sebenar penulis. Kita tidak mampu menghalang pembaca membuat taksirannya, namun jika tafsiran selari dengan maksud penulis ia membawa maksud mesej yang cuba disampaikan penulis dengan jayaannya diterima pembaca.
Kekreatifan menulis dengan pelbagai unsur gaya bahasa puitis menunjukkan
bakat dan kebolehan penulis, namun kejelasan maksud tidak harus
diketepikan. Apalah makna sebuah penulisan andai kebolehsampaian
maknanya sangat sukar dicernakan?
Berlenggang-lenggoklah dengan tarian bahasa biar rentaknya menunjukkan ketinggian mutu seni kreatif dalam menyampaikan makna.
Selamat berkarya sahabat SSZ.
CNM, 15/6/14
Berlenggang-lenggoklah dengan tarian bahasa biar rentaknya menunjukkan ketinggian mutu seni kreatif dalam menyampaikan makna.
Selamat berkarya sahabat SSZ.
CNM, 15/6/14
No comments:
Post a Comment