koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 4 September 2012
ORKESTRA TAMAN RAUDAH
Orkestra alam berlagu indah,
memanggil hujan di kala senja;
apakah kisah gulana tak sudah,
sehingga cik adik bermuram durja.
Orkestara alam berintikkan hujan,
bergema sang katak menyanyikan lagunya;
sudahlah adik janganlah dikenangkan,
kelak meradang lain pula jadinya.
Orkestra alam bersenandung simfoninya,
lebatnya hujan turunnya beria-ia;
marilah cik adik kuubatkan rawannya,
berpimpinan tangan ke taman bahagia.
Orkestra Taman Raudah ciptaan di jiwa.
ss/spl/pm ... 4/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment