Hancur!
Hancur!
Hancur
anak bangsa
Apabila
institusi kekeluargaan
Terpesong
dari landasannya
Akibat tamakkan
nikmat dunia
Yang telah
disalah guna.
Sang bapa
dengan gila judi ekornya
Saban hari
dengan mengira-ngira
Nombor
mana yang akan menjelma
Anganannya
menggila
Sekali
kena pasti ... kan menjadi kaya
Tapi
hampeh satu pun tidak pernah mengena.
Sang abang
menjadi pembekal dadah durjana
Mengedar
kepada putraputri harapan negara
Terjerumus
akan maya pada sengsara
Sehari
tidak menghisap sedutnya
Menggigil
tubuh mengelegak ubun-ubun kepala.
Si kakak
menjadi bohsia menjual tubuh di gelanggang lumba
Untuk
mendapatkan barang melepaskan ketagihnya
Akibat
diperdaya mat rempit durhaka
Menghayalkannya
ketika baru menginjak dewasa
Sebelum
dirogol bergilir-gilir dalam ketidak sedarannya.
Si ibu
asyik dengan perniagaan warung kopinya
Di kaki
lima lorong hanyir berleluasa
Mengumpat
jantan-jantan katanya tidak berguna
Makan
hasil lendir pelacur-pelacur mengangkang kerjanya
Tapi disewakan
biliknya yang ada
Buat pelepas nafsu serakah pelacur dan
pelanggannya.
Si anak
kecil yang tidak tahu apa-apa
Menjadi
kuli kepada emaknya
Bila ada
pelacur dan pelanggannya datang menyapa
Disuruhnya
si anak kecil mengiringi ke bilik yang hendak digunasewa
Mengikut
kadar jam sekali diguna
Akan si
anak kecil menurutlah sahaja
Tidak tahu
apa dibuat oleh mereka di dalam bilik sana.
Apa nak
jadi ni!!!?
Apa nak
jadi kepada masyarakat kita?
Apa akan terjadi
pada anak kecil yang berhingus hidungnya?
Bagaimanakah
nanti masa hadapannya pula?
Beginikah keadaan
institusi kekeluargaan yang didewa-dewa
Telah berleluasa
di lorong-lorong hanyir ibukota
Ditutup mata
oleh sang penguatkuasa
Sesekali sahaja
dibuat serbuan untuk mengaburkan mata
Kerana ada
habuan untuk mereka
Berhuluran
ribuan ringgit pastinya di bawah meja
Mengisi poket
mereka setiap bulan tanpa penyata
gajinya..
Cubalah
buka mata wahai tuan-tuan budiman semua ... .
Ss/spl/pm
... 6/9/2012.

No comments:
Post a Comment