koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 2 September 2012
SALAHKAH AKU?
Tinta jiwa mengalir lesu
bersama hujan dan angin menderu
datangnya berderai bertempiasan di pelusuk kalbu
menusuk sembilu, sesejuk salju
tercacah ngilu, di gerbang jiwaku
membangkit monolog menyapa keras lamunan hatiku;
Salahkah aku?
Atau salahkah cara-caraku?
Mengambil berat kebajikan rakan mahupun seteru
berkawan bagiku ... , biarlah beribu
berkasih-kasihan pula selagi termampu bahteraku berlayaran rindu
di dalam gobok usangku seringnya berlagu syahdu
menggamit mesra para tetamu
yang datang menyapa dan ingin bertamu
memberi salam di perdu lembahku
yang penuh luka dan berjahitan parut ... terpahatnya, amatlah pilu.
Salahkah aku?
ss/spl/pm ... 2/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment