koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 8 September 2012
SEAKAN SAMA TAPI TIDAK SERUPA
Penat rasanya
apabila sering menepis persoalan yang serupa
menepis pertanyaan dari mereka-mereka yang bertanya
yang menyatakan aku dan dia adalah orang yang sama
walau sudah acap kali
dan berbuih-buih mulutku berkata
yang aku dan dia bukanlah orang yang sama
berbeza lengguk dan bahasanya
berbeza bentuk dan karya puisinya
dan banyak pula perbezaan diksi dan lariknya
pendek kata
banyak perbezaan dari kesamaannya.
Ahh! ... sekali lagi aku katakan di sini
aku dan dia bukanlah orang yang sama
banyak perbezaan DNA
di antara karyaku dan karyanya.
Bukalah mata dan tajamkanlah minda.
ss/spl/pm ... 8/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment