koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 17 November 2012
Gajah Seekor Gembala Dua
Seumpama sebuah bahtera
bernakhoda dua
tidak terikut anak kapalnya
akan rentak dua ketua
berlainan arahan diberi, terima
akan takrifannya maksud yang sia-sia
sesuatu pekerjaan dikepalai dua kepala
namun berlainan agenda fahamannya.
Begitu juga dengan kisahnya
dua jejaka satu cinta
akan seorang perawan menjadi rebutan
bagai tiada lagi perawan di dalam muka dunia
sanggup berparang pertaruhkan nyawa
janji nafsunya yang bergelora
terlempias serata
dibutakan mata dipekakkan sahaja telinga mereka.
Samalah juga akan bidalan bersamaan ertinya
enau sebatang dua sigainya
tidakkah sia-sia?
Aduhai dunia, dunia!
dunia sudah dibutakan dengan nafsu serakah belaka.
Itu belum lagi berebutkan isteri orang pula.
ss/spl/pm ... 17/11/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment