koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 11 October 2013
50pp: Motivasi Malam
Mentertawa,
bukan budaya kita,
seboleh mungkin cuba,
jangan sesekali mempersenda,
baik muda, remaja mahupun yang tua,
jaga adab sopan budaya bangsa,
jauhi dari mengutil sekeping jiwa,
andai terlanjur kata,
terlepas bait bicara,
pasti ada yang terasa,
hatinya berderai bak kaca,
jadinya fikir sebelum bersuara,
apa natijahnya pada saudara sebangsa seagama.
CNM, 10/10/13, BBBangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment