koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 11 October 2013
50pp: Motivasi Pagi
Di pagi Jumaat
yang penuh berkat,
aku mengingat diriku dan sahabat,
mari kita ganda amalan sunat,
menjunjung syariat,
meninggalkan yang khurafat,
mohon keampunan bertaubat,
moga dilimpahkan nikmat,
dikurniakan rahmat,
ditunjukkan jalan selamat,
ditakdirkan mendapat syafaat,
Rasulullah penghulu sekalian umat,
terselamat di akhirat,
sesungguh telah diperingat,
balasan Allah hebat dan dahsyat.
CNM, 11/10/13, BBBangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment