koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 2 September 2012
SELENDANG RINDU
Selendangkanlah aku
dengan kelembutan selendang rindumu
dan janganlah pula kamu
selimutkan diriku dengan ketebalan selimut amarahmu
yang berkabut tebal memasungi pergerakanku
kelak rimasnya aku
...kan kuundurkan langkahan kakiku
dari terus menjejaki sendu
dan esakan rawan di benak hatimu itu.
Berikanlah aku selendang rindumu.
ss/spl/pm ... 2/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment