koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 2 September 2012
APA NAK JADI
(Sekerat je...terilham dari lagu Tan Sri S.M Salim...APA DAH JADI)
Apa nak jadi? Apa nak jadi?
Kalau beginilah yang akan terjadi.
Apa nak jadi? Apa nak jadi?
Kalau nak rampas kuasa tunggulah pilihanraya nanti ... ,
Sibuk nak bersihkan pilihanraya dari rasuah
menghimpunkan anak buah berarak menuju ke Jalan Hang Tuah
kononnya itulah satu caranya demokrasi berhemah
aleh aleh terlebihlah sudu ... darinya...lah kuah.
Hai! ... memang terlebih sudu dari mangkuk berkuah.
Apa nak jadi? Apa nak jadi?
Kalau beginilah yang akan terjadi.
Apa nak jadi? Apa nak jadi?
Kalau nak rampas kuasa tunggulah pilihanraya nanti.
Ingatkan nak bersihkan pilihanraya dari dijajah
sibuklah berpiket nak meruntuhkan perlembagaan datangnya dari penjajah
aleh aleh bendera Malaysia yang tak bersalah
menjadi agenda nak ditukar yang cuba dicacah.
Hmmm! ... apalah punya haramjadah.
Apa nak jadi? Apa nak jadi?
Kalau beginilah yang akan terjadi.
Apa nak jadi? Apa nak jadi?
Kalau nak rampas kuasa tunggulah pilihanraya nanti.
Memang tak bermaruah ... memang haramjadah
apalah yang nak jadi ... kuang kuang kuang kuang.
ss/spl/pm ... 2/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment