koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 3 September 2012
SETELAH HUJAN
Di sebalik berhentinya hujan
kembalinya suria di celahan awanan
memancarkan cahaya kehangatan
melingkari buana dan lautan
menyegarkan minda dan fikiran
akan aroma tanah dan dedaunan hutan
garam dan pantai yang berpasiran
menaungi lambaian sebuah kesyukuran.
Namun di sebalik teduhnya hujan
ada juga mendatangkan kerosakan
di simbahan beributan dan di tempiasan taufan
membantai hebat landskap kehidupan
tidak dapat ditangkiskan
tidak dapat mungkin; ... ,
tidak dapat dielakkan
melihatkan kuasa Tuhan
di sebalik setiap kejadian
yang menjanjikan titik sebuah perubahan.
Begitulah bidalan yang menaungi minda dan fikiran.
ss/spl/pm ... 3/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment