koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 2 September 2012
APA SEBENARNYA MAHUMU?
Usah memaku sendu
andai hatimu masih lagi berjerebu
tidak tahu apa mahumu
tidak tahu mana haluannya arah tujumu
kelak membaham relung rindu di benak kalbuku
bersama datangnya dedebuan kota diterbangkan sang bayu
datangnya menderu
datangnya bersama awan yang memilu
berarak sendu
di kelopak mata hatiku.
Bagaikan seekor burung berkepalakan musang!
Tidak tahu identitinya yang mana satu.
ss/spl/pm ... 3/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment